Bertanya jika tak tahu adalah  lebih baik daripada diam tetapi tidak tahu apa-apa. Segala ilmu yang  boleh memberi manfaat ambillah sebagai rujukan manakala segala kelemahan yang ada jadikan pedoman untuk menjadi lebih baik pada   masa  depan . Yang baik datangnya daripada Allah,dan segala kelemahan adalah daripada saya.


 

 


 



 

Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadikan pengalaman silam sebagai pedoman dan panduan supaya

kita menjadi lebih baik. Jangan ulangi kesilapan/kesalahan lalu sebaliknya belajarlah daripada pengalaman.

Ada pelbagai penyakit hati yang menyerang manusia.Antaranya sakit hati, makan hati, hati batu, dan macam-macam lagi.Salah satu penyakit hati yang berbahaya ialah sifat sombong kerana berpangkat tinggi, jutawan dan mempunyai kedudukan atau kelebihan dan keistimewaan. Sebenarnya tidak guna kita merasa sombong dengan apa yang ada pada kita, kerana sesungguhnya semua itu adalah milik Allah dan kita hanya diberi pinjam untuk menggunakan kurniaan tersebut dan sampai masanya kita mesti memulangkan kembali barang pinjaman tersebut kepada Allah.

Marilah kita sentiasa memeriksa hati kita supaya bersih dan terhindar daripada sifat-sifat yang dibenci oleh  Allah.

Bunga ros wangi dan cantik dilihat tetapi batangnya berduri.
 

 


 

 


Hari bersilih ganti.Musim beganti musim.Begitulah cepatnya masa beredar.Tanpa disedari usia makin meningkat.Setiap saat , minit dan jam yang berlalu amat berharga. Alangkah ruginya masa yang ada disia-siakan begitu sahaja tanpa mendatangkan apa-apa manfaat.

 

TUA. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh semua manusia yang hidup dimuka bumi ini. Manusia tidak terlepas dari menjadi tua. Tiba masanya yang muda akan menjadi tua samaada rela atau tidak.Muka yang licin akan mula berkedut, rambut yang hitam bertukar menjadi putih, gigi mula gugur satu persatu dan jika dulu bahagian tertentu anggota badan tegang kini menjadi kendur.


 

 

                                                                                                                                                                              KELUARGAKU

         Moga kami hidup sebagai sebuah keluarga bahagia untuk selama-lamanya.