jenis dokumen perniagaan

 

DOKUMEN

TUJUAN/KEGUNAAN

a) surat Tanya

Dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan  keterangan tentang barang yang hendak dibeli

 

b) katalog

Dokumen yang menunjukkan gambar dan maklumat barang yang dijual oleh peniaga

 

c) senarai harga

Suatu senarai yang mencatatkan harga semua barang yang dijual oleh penjual

 

d) sebut harga

Dokumen yang menyatakan harga barangan yang dikehendaki oleh pembeli

 

e) borang pesanan

Dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untu membuat pesanan barang

 

f) nota serahan

Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pemebeli bersama-sama barang yang dipesan

 

g) invois

Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk  menunjukkan barang-barang yang dibeli secara kredit dan jumlah yang perlu dibayar.

h)nota debit

Dokumen yang dihantar oleh peniaga kepada pembeli  bagi membetulkan kesalahan yang terdapat dalam invois.

i)nota kredit

Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa mereka telah dikenakan bayaran melebihi daripada yang sepatutnya.

j) resit

Dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli sebagai bukti penerimaan bayaran

k)penyata akaun

Dokumen ini dihantar kepada pembeli untuk mengingatkan pembeli tentang hutangnya.

l) bil tunai

Dokumen yang dikeluarkan apabila urusniaga dilakukan secara tunai

 

1. Siapakah yang mengeluarkan invois?

    ...........................................................................

2.  Apakah maksud Angkutan dibayar?'

   ..............................................................................

3.  Apakah tujuan peniaga memberi diskaun niaga kepada pembeli?

     ............................................................................................................

4.  K & K . D.K  adalah singkatan perkataan .........................................................